14 February 2012

UMI TINGGALKAN DIRIKU BUAT SELAMANYA

Salam semua,

Pada 22/01/2012 hari ahad malam aku bagaikan layang-layang terputus tali kerana terkejut dengan kematian umi aku. Sebelum itu pada sabtu malam sedang-sedang aku makan nasi, tiba-tiba gigi depan aku yang aku tampal tempoh hari tercabut tapi aku tidak terfikir apa-apa pun masa tu. Tidak lama kemudian, adik aku vida ada menelefon aku memberitahu bahawa umi aku masuk wad, umi mengadu sakit dada.Kebetulan adik bongsu aku farah pun ada sekali sebab cuti raya cina kan masa tu.Pagi esok 22/01/2012 aku dan family balik kampung untuk menjenguk umi aku diwad, kami sampai petang di sana dan terus menuju ke Hospital Besar Jertih. Setibanya kami semua ada ramai saudara-mara datang melawat dan aku tengok umi aku rasa cam nak menangis tapi hubbyku cakap jangan menangis di depan umi nanti umi sedih, so aku kuatkan semangatku juga.Kami adaik-beradik berbual seperti biasa dan umi aku dapat melihat dan memegang cucu-cucunya. Aku mengajak umi aku balik ke Kuala Lumpur dapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur or Hospital Putrajaya, tetapi umiku diam je. Dekat Maghrib, umi aku beritahuku bahawa dia ingin pergi , aku bertanya umi nak pergi mana? Umi jawab umi nak pergi dah ni dan umiku sempat beritahu aku yang dia nak ikut aku ke Kuala Lumpur. Tak lama kemudian umi beritahu pada makcik bongsu aku yang dia dah nak pergi takut ketinggalan. Aku dan adik-beradik macam tidak sedap hati jer.Selepas maghrib tu, umi beritahu pada adik aku vida yang dia nak arwah abah kami dukung dia dan kami semua dapat merasakan yang umi akan pergi buat selama-lamanya.Air mata kami menitis dengan lajunya. Tidak lama kemudian umi sudah tidak sedarkan diri dan ada beberapa orang adik-beradik umi, nenek aku dan kami adik-beradik berada disamping umi tersayang.Kami redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Kami adik-beradik berharap arwah umi dapat berjumpa dengan arwah abah dan arwah adik-adik di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman amin.Kami semua amat sayangkan arwah umi tetapi itulah dinamakan takdir kan. Kami adik beradik sudah tiada ayah dan ibu sekarang ini hanya membawa diri masing-masing dengan sebaik mungkin. Sesiapa di luar sana yang masih mempunyai ibu dan bapa berbuat baiklah pada mereka selagi mereka masih ada. Sampai disini sahaja cerita ladies ni yer next time kita sambung lagi OK..:)

By: Nora Bella Diary 

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home