MAKAN PETANG
Salam dan selamat sejahtera,
Semalam 5/1/2012 ladies keje macam biasa selepas ladies cuti untuk humaira first day school kan, tapi mood ladies tak de untuk keje ntahla ladies macam dah tidak berapa bersemangat untuk keje sebab ada beberapa perkara yang ladies tak dapat nak terima dah perkara-perkara itu membuatkan hati dan perasaan ladies terluka. Tapi tak pe la ladies akan cuba lupakan benda-benda yang lepas secara perlahan-perlahan. Buat apa kenang-kenang benda lepas if benda tu boleh menyakitkan hatikan.....baik cari kenangan-kenangan yang boleh buat kita gembira dan boleh dikenang-kenang bila tua nanti.....Untuk tahun baru ni, waktu bekerja 8.00am-5.00pm. Ladies tidak berapa suka sebenarnya bil masuk keje pukul 8 sebab macam terkejar-kejar rasanya walaupun rumah ladies dekat dengan tempat ladies keje nih, banyak benda nak uruskan anak-anak, nak hantar asyraf ke rumah babysitter lagi tapi sebelum nak hantar tu macam2 la nak bagi susu, nak tukar pampers, nak panaskan enjin kete lagi pastu baru la sampai umah baby sitter asyraf . Dah amik masa berapa minit dah gak kat situ.....nak breakfast lagi tak sempat........adoyaiiiiiiiii!!!!!!. Balik petang pukul 5.00pm ladies pergi asyraf, humaira balik sama-sama ngan papa dia. Bila sampai kat rumah, ladies pon letak asyraf kat depan tv pasang cite kartun suka sangat asyraf ni kalu tgk kartun macam dah faham kononnya padahal baru 4 bulan umur si asyraf nih...ntahla budak zaman sekarang bijak-bijak belaka, so ladies salin baju dan terus ke dapur untuk buat keje-kat dapur plak emmm tengok ada cempedak masak kawan hubby bagi masa diaorang balik kg ladies terfikirkan nak gorengla cempedak tu macam sedap jer....apalagi ladies pon mulakan buat bancuhan tepung untuk goreng cempedak tu...ikut petua nenek bagi tepung adabi, tepung beras,kelapa parut, telur, garam dan gula sedikit...kacau sampai sebati baru masukkkan cempedak dan goreng......orang-orang tua suka letakkan kelapa parut tu sebab rasa dia lemak-lemak manis gitu bila masuk dalam mulut tu macam sedap jer.....Papa dan humaira sampai rumah, lepas mandi terus makan cempedak goreng lapar la diaorang berdua tu...nyum!!!nyum!!!!!
![]() |
| Dah siap goreng masih panas lagi ni tau!!!! |



0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home