RESIGN
Salam,
Semalam 17/01/2012 ladies hantar surat perletakan jawatan di syarikat yang ladies keje nie. Ladies sedih sebab ladies rasa diri ladies tidak dihargai dan macam tidak diperlukan lagi disini. Walaupun derang tak cakap tapi ladies ada mata hati yang ladies boleh tengok dan rasa. Tahun 2011 ada kejadian yang ladies tidak dapat nak maafkan bos kecil ladies nih ooppppps tersilap EX-BOSS KECIL sebab tipooo ladies, tinggalkan keje macam tu jer, tak angkat telefon, putar belit.Memang ladies rasa ex-boss kecil ladies ni seorang yang tidak bertanggungjawab, kaki penipooo, kaki putar belit dan macam-macam lagi.Reputasi keje ladies terjejas dengan teruk sampaikan office ladies nih macam dah tak confident nak bagi keje kat ladies dah.....ladies kena buat keje junior ladies rasa tersinggung sangat-sangat sampai ladies bagi resign letter. Kenapa layan ladies sampai macam ni? Adakah ladies yang bersalah dalam semua keje-keje yang ex boss kecil ladies tinggalkan tu....ini tidak adil bagi diri ladies.Ladies juga tidak akan maafkan ex-boss kecil ladies tu sampai bila-bila..Sepanjang perjalanan keje ladies dalam bidang ini tidak ada syarikat yang ladies keje sebelum ini layan ladies sampai macam ni.Sebelum ni BOSS BESAR ladies amat baik orangnya, jaga kebajikan pekerja, bahagi kerja sama rata tetapi ALLAH S.W.T lebih sayangkan dia. Bak kata pepatah rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan Allah S.W.T. Ladies suka keje kat tempat keje ladies sekarang ini sebab dekat dengan rumah, persekitaran dengan kawan2 pon ok cuma adalah yang dengki mendengki, tak boleh lebih Semalaman ladies menangis bila fikirkan hal ini hanya Allah S.W.T sahaja yang memahami dan menegetahui apa yang terjadi sekarang ini. Sekarang ini ladies datang keje macam biasa sampai tarikh last ladies bulan 2 nanti dan sekarang ni pon ladies sedang mencari keje lain juga. Sekarang ni derang ada orang-orang yang hebat untuk buat keje lebih bagus dan orang seperti ladies ni pandang sebelah mata pon tak nak. Bila kita tunjukkan prestasi yang bagus macam mana sekali pon tapi bila orang dah tak nak , tak sukakan kita buat apa kita duduk dan mengharap sebab kita tak akan dapat apa-apa pon. Bak kata pepatah menunggu buah yang tidak gugur macam tu la situasi ladies sekarang nih...Ladies ingin bekerja dalam bidang ini lama sebab ladies nak cari makan bukan cari pasal yer.Semalaman ladies termenung memikirkan masalah ini sehingga menitiskan airmata...apalah nasibku ini kan....Harap-harap ada rezeki di luar sana untuk ladies doa-doakan yang terbaik untuk ladies. Luv u olllszzz....:)
By : ~ Secret Diary ~
By : ~ Secret Diary ~



0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home