NEWBORN
Pada pagi subuh dalam jam 6.30am hari raya ke-4 perut aku sudah memulas2 dan keluar darah, aku bagitau hubbyku dan kejutkan umi dan adik2ku.Kami bergegas ke Hospital Serdang aku bernasib baik sebab aku ditemani oleh adik aku yg ke-2 Vida sebab hubby sibuk mencari parking. Aku dipanggil masuk ke dalam bilik untuk dirawat oleh doktor dan baru 1cm doktor benarkan aku pulang ke rumah.Setelah itu aku pulang ke-rumah, perut ku sakit yang teramat hanya Allah S.W.T yang tahu keperitan sakit nak beranak.Walaupun aku pernah beranak, tetapi bagi aku sakit beranak x kira anak yang keberapa memey sakit tidak terkata. Hubby ku pujuk aku makan nasi, sup dan minum air milo, aku x de selera nak makan tetapi aku paksa diriku makan juga sebab aku takut tak de energy bila nak meneran nanti dan aku tertido....Dalam jam 4.30 selepas Asar, ketuban ku pecah umi suruh aku ke hospital segera dan aku minum air bunga fatimah dari Makkah makcikku yang bagi katanya mudah bersalin dan kalu rendam bunga tu dalam air sekiranya kembang memang akan beranak. Petang itu, adikku yang bongsu pula temankan aku sebab vida nak kemas barang2 coz dia kena pulang ke kampung pada malam tu juga coz esokknyer ada exam...sampai dihospital doktor yang sama chek aku dan katanya baru 4cm dan aku terus ditahan diwad tetapi hospital tidak benarkan sesiapa temankan aku seksa rasanya....kalu nak apa2 tekan button yg disediakan dikatil tu....perutku semakin mengeras dan memulas2 sakitnyer sabar dan tahan je la..Jam 10.30 aku tekan button dan nurse datang tanya aku kenapa? aku jawab sakit macam nak meneran dan nurse tu check dah 6cm aku terus dibawa ke labour room. Aku bernasib baik sebab hubbyku waktu dia dapat panggilan dari pihak hospital, dia, humaira dan adikku ada di parking kete kalu tak beranak sorang2la aku jawabnyer tiada sape temankan. Tepat 10.50pm aku telah melahirkan anak lelaki seberat 3.03kg syukur alhamdulillah selamat semuanya dan tak lupa juga pada hubbyku sentiasa menemani aku disisi..............



0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home